1. DOA SETELAH SOLAT SUBUH DAN MAGHRIB
Di antara doa yang disunnahkan untuk dibaca setelah solat Subuh dan Maghrib adalah memohon perlindungan dari api neraka sebanyak tujuh kali.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Kalau kamu selesai melakukan solat Maghrib, ucapkanlah sebanyak tujuh kali:
اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
"Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka."
Karena kalau kamu ditakdirkan mati pada malam itu, kamu akan dilindungi dari api neraka.
Begitu juga setelah solat Subuh, baca doa itu sebanyak tujuh kali. Karena kalau kamu ditakdirkan mati pada hari itu, kamu akan dilindungi dari api neraka."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dalam Sunannya nombor hadis 5079 dan beliau tidak berkomentar apapun. Ini pertanda bahwa hadis ini baik (untuk diamalkan). Sebab beliau pernah berkata dalam risalah beliau kepada penduduk Makkah bahwa hadis-hadis yang beliau diamkan dalam Sunannya adalah baik.
Sedangkan Al Hafizh Ibnu Hajar, beliau menilai hadis ini hasan. (Lihat: Natāijul Afkār, 2/326. Al Futūhāt Ar Robbāniyyah, 3/69).
Dalam kitab Hāsyiyah Asy Syirwāni disebutkan:
وَبَعْدَهُ وَبَعْدَ الْمَغْرِبِ: اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ النَّارِ سَبْعًا
"Dianjurkan setelah solat Subuh dan Maghrib membaca doa tersebut sebanyak tujuh kali." (Hāsyiyah Asy Syirwāni, 2/104)
عَنِ الْحَارِثِ بْنِ مُسْلِمٍ، أَنَّهُ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِيهِ مُسْلِمِ بْنِ الْحَارِثِ التَّمِيمِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهُ أَسَرَّ إِلَيْهِ فَقَالَ: " إِذَا انْصَرَفْتَ مِنْ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ فَقُلْ: اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ سَبْعَ مَرَّاتٍ، فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ ثُمَّ مِتَّ فِي لَيْلَتِكَ كُتِبَ لَكَ جِوَارٌ مِنْهَا، وَإِذَا صَلَّيْتَ الصُّبْحَ فَقُلْ كَذَلِكَ، فَإِنَّكَ إِنْ مِتَّ فِي يَوْمِكَ كُتِبَ لَكَ جِوَارٌ مِنْهَا "
أخرجه أبو داود (ت ٢٧٥ هـ)، في سننه رقم ٥٠٧٩ وسكت عنه وقد قال في رسالته لأهل مكة: كل ما سكت عنه فهو صالح.
وحسنه ابن حجر العسقلاني (ت ٨٥٢ هـ)، في نتائج الأفكار ٢/٣٢٦. انظر: الفتوحات الربانية ٣/٦٩.
Ust Danang KW
Madrasah Ibnu Mas'ud Nilai
www.ibnumasud.my
*********************************************************************************
2. RENUNGAN SAAT SAKARATUL MAUT
Ketika seseorang mengalami sakaratul maut, keinginan terbesar yang ingin ia lakukan saat itu adalah menghapus semua dosa yang pernah ia lakukan selama hidupnya. Sekecil apapun dosa itu, ia ingin melenyapkannya dari catatan amalnya.
Tiba-tiba ia teringat semua perbuatan buruk yang pernah ia lakukan. Bahkan semua perbuatan sia-sia yang tidak bermanfaat pun, ia ingat semua. Ia sangat menyesal telah melakukannya. Ia berangan-angan seandainya tidak pernah melakukannya.
Namun sayang, ia tidak punya kesempatan lagi untuk melakukannya. Semua ucapan yang pernah keluar dari lidahnya tidak boleh ditarik lagi. Semua perbuatan yang pernah dilakukannya tidak boleh dibatalkan lagi.
Yang boleh dilakukan hanyalah pasrah menunggu keluarnya nyawa dari jasad. Kalau beruntung, ia akan mampu mengucapkan kalimat syahadat, tapi perlu perjuangan berat untuk melakukannya.
Mengucapkan kalimat itu ketika sakaratul maut tidak semudah mengucapkannya sebelum sakaratul maut, kerana ia harus menahan rasa sakit yang amat dahsyat ketika nyawa itu mulai dicabut. Ia harus mampu menahan rasa sakit itu sambil tetap berusaha mengucapkan kalimat syahadat.
Ya Allah, ringankanlah proses sakaratul maut kami nanti. Amin.
Ust Danang KW
Madrasah Ibnu Mas'ud Nilai
www.ibnumasud.my
*********************************************************************************
3. RAMADHAN SUDAH DEKAT!
Dahulu, generasi terbaik umat ini selalu mempersiapkan diri menyambut Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Ulama menyebutkan:
كَانُوا يَدْعُوْنَ اللهَ سِتَّةَ أَشْهُرٍ أَنْ يُبَلِّغَهُمْ شَهْرَ رَمَضَانَ ثُمَّ يَدْعُوْنَ اللهَ سِتَّةَ أَشْهُرٍ أَنْ يَتَقَبَّلَهُ مِنْهُمْ
”Dahulu mereka (para sahabat) memohon kepada Allah selama enam bulan agar mereka dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan. Kemudian mereka memohon lagi selama enam bulan setelah Ramadhan agar amalan mereka selama bulan Ramadhan diterima.” (Lathaaiful Ma’arif hal. 232)
Abu Bakr al Warraq al Balkhi -semoga Allah merahmatinya- mengatakan:
شهر رجب شهر للزرع و شعبان شهر السقي للزرع و رمضان شهر حصاد الزرع
“Rajab adalah bulan untuk menanam, Sya’ban adalah bulan untuk menyiram dan Ramadhan adalah bulan untuk memanen.” (Lathaaiful Ma’arif hal. 130)
Sebagian ulama yang lain mengatakan:
السنة مثل الشجرة وشهر رجب أيام توريقها وشعبان أيام تفريعها ورمضان أيام قطفها والمؤمنون قطافها. جدير بمن سود صحيفته بالذنوب أن يبيضها بالتوبة في هذا الشهر وبمن ضيع عمره في البطالة أن يغتنم فيه ما بقي من العمر
“Waktu setahun itu laksana sebuah pohon. Bulan Rajab adalah waktu menumbuhkan daun, bulan Sya'ban adalah waktu untuk menumbuhkan dahan, dan bulan Ramadhan adalah waktu menuai, penuainya adalah kaum mukminin. Hendaklah orang yang menghitamkan catatan amalnya dengan dosa-dosa bergegas memutihkannya dengan taubat di bulan-bulan ini, sedang mereka yang telah menyia-nyiakan umurnya dalam kelalaian, hendaklah memanfaatkan sisa umur sebaik-baiknya di waktu tesebut.” (Lathaaiful Ma’arif hal. 130)
Ust Danang KW
Madrasah Ibnu Mas'ud Nilai
www.ibnumasud.my
*********************************************************************************
4. ISI KAMAR RASULULLAH SAW
Umar bin Khattab RA mengisahkan pengalamannya:
Saya pernah menemui Rasulullah SAW saat baginda SAW berada di atas tikar. Lalu aku duduk, ternyata saya dapati baginda SAW hanya mengenakan selembar kain dan tidak ada kain lain selain yang dipakainya, sementara tikar itu telah membekas pada badan baginda SAW. Saya juga melihat segenggam gandum sekitar satu Sha' dan daun yang dipergunakan untuk menyamak yang terletak di sudut kamar dan kulit yang tergantung.
Tak terasa kedua mataku berlinang air mata.
Baginda SAW bertanya: "Apa yang membuatmu menangis wahai Ibnul Khattab?"
Saya menjawab, "Wahai Nabi Allah, bagaimana aku tidak menitiskan air mata, sementara tikar ini membekas di sisimu, dan aku tidak melihat dalam ruanganmu kecuali apa aku lihat. Padahal raja Kisra dan Kaisar Romawi dipenuhi buah-buahan dan sungai-sungai, sedangkan engkau adalah Nabi Allah dan pilihan-Nya, namun ruanganmu hanya seperti ini!."
Baginda SAW menjawab: "Wahai Ibnul Khattab, tidakkah kamu ridho kita mendapatkan akhirat dan mereka mendapatkan dunia?"
Saya menjawab, "Tentu saja ridho."
📚Sumber: Sunan Ibn Majah no.4143
Ust Danang KW
Madrasah Ibnu Mas'ud Nilai
www.ibnumasud.my
*********************************************************************************
5. BERKAT ISTERI SOLEHAH
Dahulu di Makkah ada seorang lelaki mempunyai isteri yang solehah. Suatu hari isterinya berkata kepadanya, “Kita tidak punya apa-apa (untuk dimakan).”
Maka lelaki itu kemudian pergi ke Masjidil Haram. Sesampai di sana ia menemukan sebuah kantung yang berisi wang seribu dinar. Dia merasa sangat gembira dan dengan segera pulang mengkhabarkan hal itu kepada isterinya.
Sampai di rumah dia mengatakan kepada isterinya, “Aku menemukan ini wahai isteriku”. Si isteri menjawab, “Ini adalah barang temuan di Masjidil Haram, jadi harus diumumkan."
Lelaki itu segera melakukan apa yang dikatakan isterinya.
Ia kembali ke Masjidil Haram untuk mengumumkan wang yang ditemuinya itu.
Sesampainya di Masjidil Haram ia mendengar orang yang berteriak, “Siapa yang menemukan kantung berisi wang seribu dinar?”
Lelaki itu menjawab, “Aku yang menemukannya.”
Orang yang mengumumkan itu berkata, “wang itu untukmu dan ini tambahan sembilan ribu dinar lagi untukmu.”
Lelaki itu hairan dan berkata, “apakah kamu bergurau kepadaku?”
“Aku tidak bergurau kepadamu. Sebenarnya aku diberi amanah oleh seorang penduduk Iraq berupa wang sepuluh ribu dinar. Dia menyuruhku untuk menaruh yang seribu dinar di Masjidil Haram, lalu aku disuruh mengumumkan dan menanyakan adakah yang menemukan wang seribu dinar itu. Kalau orang yang menemukannya mahu mengembalikan, aku disuruh untuk memberikan semuanya (sepuluh ribu dinar) kepada orang itu. Orang Iraq itu mengatakan padaku bahawa orang yang menemukan dan mahu mengembalikan seribu dinar itu pastilah orang yang boleh dipercaya (amanah), dan orang yang amanah itu apabila ia makan, maka pasti ia mahu bersedekah, maka sedekahku akan pasti diterima oleh Allah kerana sebab amanahnya”.
📚Kitab Nuzhatul Majalis karangan Syaikh ‘Abdur Rohman as Shofuri.
(حكاية)
قيل: كان بمكة رجل فقير وله زوجة صالحة فقالت: ليس عندنا شيئ.
فخرج إلى الحرم فوجد كيسا فيه ألف دينار ففرح به فرحا شديدا وأخبر زوجته بذلك.
فقالت له: لقطة الحرم لابد فيها من التعريف.
فخرج فسمع المناد: من وجد كيسا فيه ألف دينار؟
فقال: أنا وجدته.
فقال: هو لك ومعه تسعة آلاف دينار.
قال: أتستهزئ بي؟
قال: لا ولكن أعطاني رجل من أهل العراق عشرة آلاف دينار وقال اطرح منها ألفا فى الحرم ثم ناد عليها فإن ردها من وجدها فادفع الجميع إليه لأنه أمين والأمين يأكل ويتصدق فتكون صدقتنا مقبولة لأمنته.
📚كتاب نزهة المجالس للشيخ عبد الرحمن الصفورى.
Ust Danang KW
Madrasah Ibnu Mas'ud Nilai
www.ibnumasud.my
*********************************************************************************
0 Ulasan