Hanya kepada Allah puji-pujian.

Muhammad Irfan bin Ibrahim, Ketua Pelajar Pusat Tahfiz Madrasah Ibnu Mas'ud menyelesaikan Hafalan Al-Quran 30 Juzuk pada 27/08/2020, Jam 10.35 Pagi.
Pelajar tersebut adalah cucunda kepada Almarhumah Hjh. Salabiah yang merupakan antara warga terawal Pondok Warga Emas Madrasah Ibnu Mas'ud Segamat.
Madrasah Ibnu Mas'ud mengucapkan tahniah buat anakanda Muhammad Irfan atas keberhasilan menyelesaikan Hafalan Al-Quran.
Semoga sentiasa istiqamah menggalas Al-Quran di mana sahaja kalian berada.
Sekali lagi, syabas dan tahniah!
SETIAUSAHA
Madrasah Ibnu Mas'ud
27/08/2020