PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH IBNU MAS’UD
‘~ILMU~IMAN~AMAL~’
www.tamanilmuibnumasud.blogspot.com
Lot 896, Kg Kenawar, Mukim Pogoh,
85000 Segamat, No Tel : 017-7772730 / 013-7200434
Johor Darul Takzim. tamanilmuibnumasud@gmail.com

PUSAT PENGAJIAN ISLAM DI KAMPUNG PINANG SERIBU Kemudahan seperti pesantren dilengkapi madrasah, surau dan penempatan selesa

Oleh Mohd Zin Ali
Johor Bahru- Sebuah pertubuhan kebajikan bercadang menubuhkan pusat pengajian seperti pesantren untuk golongan warga tua bagi mendalami Islam di Kampung Pinang Seribu, Muar, menjelang akhir tahun ini.

Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Ibnu Mas'ud, Arasy Masod, berkata pusat pengajian yang lebih moden berbanding kebanyakkan pusat pengajian agama lain itu bakal dilengkapi madrasah, surau, kompleks dan tempat penempatan selesa.

Beliau berkata, ketika ini, pertubuhan yang memberi tumpuan kepada bidang keagamaan, kebajikan dan dakwah serta membantu golongan seperti ibu tunggal, anak yatim, dan miskin baru beroperasi sejak satu tahun lalu itu menggunakan pelbagai masjid dan surau untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

"Usaha terbaru kami membina pusat pengajian untuk kemudahan warga tua mendalami agama di Kampung Pinang Seribu, Muar dengan membabitkan kos RM300,000.Cadangan pusat pengajian ini timbul selepas ibu saya mengunjungi pusat pengajian di Dengkil, Selangor untuk mengikuti kuliah agama, solat tarawih, qiamullail, zikir dan kuliah agama sepanjang Ramadan tahun lalu," katanya.