Sabtu, 14 November 2015

Assalamualaikum..
📚✏ Jom ke KULIAH ISYA PERDANA pada 22 NOVEMBER 2015 bersamaan hari Ahad yg disampikan oleh USTAZ RIFQI MYIDDIN (Tokoh Maal Hijrah Kementerian Pendidikan Malaysia)

📚✏ " Sesiapa yg mempelajari Quran, besar harga dirinya. 
Siapa yg mempelajari hadis, tinggi martabatnya. 
Siapa yg mempelajari bahasa, lembut hatinya, 
Siapa yg mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya,
Dan siapa yg tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya.. "
-Imam Al-Ghazali-

📚✏ Ayuh kt imarahkn majlis² ilmu.. dduk di taman² syurga.. moga ilmu ini mjadi bekalan kt in shaa ALLAH..

📚✏ Moga dlm redha ALLAH..

#mim4ummah


Rabu, 4 November 2015

Assalamualaikum..
TERBARU DI MADRASAH..
Anda bermasalah untuk mencari penginapan di Sekitar Segamat..
Madrasah Ibnu Mas'ud II kini menyediakan kemudahan tersebut untuk anda di luar sana..
Ayuh manfaatkn bersama dengan bayaran yg amat-amat berbaloi..



Selasa, 3 November 2015



Assalamualaikum, 

Cuti sekolah hampir tiba, kpda ibu bapa penjaga di luar sana yg bminat utk mngisi masa lapang anak-anak anda dengan aktiviti dan pengisian yg mnarik dan berfaedah boleh lh mendaftar sekarang.. 

#mim4ummah 
#kemhafazandanibadah 
#kemanaksoleh


Isnin, 19 Oktober 2015

Assalamualaikum dan selamat pagi.. 
اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم

Untuk makluman semua, Madrasah Ibnu Mas'ud sedang dalam proses pembangunan dewan makan pelajar dan infrastruktur sekitarnya, bagi memberi lebih keselesaan kepada keseluruhan penghuni disini.  
Dengan penuh rendah hati kami ingin memohon jasa baik tuan/puan bagi membantu menambahkan dana simpanan kami bagi pembangunan tersebut..
Semoga Allah memberkati setiap amal kebaikan kt dan menjadi bekalan kt di sana kelak.. amiin.. 

#mogaALLAHredha
#mim4ummah




Ahad, 18 Oktober 2015

Alhamdulillah selesai ziarah mahabbah warga PUSAT TAHFIZ dan warga PONDOK WARGA EMAS Madrasah Ibnu Mas'ud II ke Yayasan Al Jenderami di dengkil selangor pda 17 Oktober yang lalu...semoga pondok-pondok dan institusi pengajian Islam di Malaysia akan terus makmur membangun ummah. Terima kasih atas penglibatan dan sokongan semua.





Khamis, 15 Oktober 2015


Barisan pelajar tahfiz Pusat Tahfiz Madrasah Ibnu Mas'ud sesi 2015 bersama tenaga pengajar Ustaz Muhammad Khusairi Bin Haidzer dan Ustaz Akmal Hakim Bin Mohamad Noh. 

Mohon doa kalian semua agar pelajar ini dapat menghabiskan hafalan mereka dan menjadikan ayat-ayat suci Al-Quran tersemat baik di hati-hati mereka. Serta menjadi insan yang berguna dan berjaya didunia dan diakhirat. Amiin.. 

Rabu, 14 Oktober 2015

Sekitar Majlis Kesyukuran & Khatam Al-Quran adik Muhammad Zulkarnain Haidzer pada 09 Oktober yang lalu. Penghargaan disampaikan oleh Ust Hj Abdul Hadi Mohamed Suhaimi, Mudir Madrasah Ibnu Mas'ud II. Tahniah atas kurniaan Allah swt. Semoga al-Quran di dada akan diterjemahkan pula dalam kehidupan seharian.
013-7680900