Dari mana datang, ke mana pulang.
Denyutan nadi akhirnya terhenti, bersama nafas yang tidak terhela lagi.
Madrasah Ibnu Mas'ud kehilangan warganya.
Assalamu'alaikum wbt
Dukacita dimaklumkan bahawa Hjh. Siti Delilah binti Omar, penghuni Pondok Warga Emas Madrasah Ibnu Mas'ud telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 Jamadil Akhir bersamaan 11/02/2021.
Almarhumah merupakan antara penghuni Madrasah Ibnu Mas'ud (selepas daripada ini dirujuk sebagai "Madrasah") yang terawal sejak Madrasah Ibnu Mas'ud Segamat memulakan operasi pada Tahun 2011 dan Almarhumah kekal sebagai salah seorang warganya sehinggalah ke tarikh yang dinyatakan di perenggan terdahulu.
Almarhumah mesra dengan panggilan "Ibu" di kalangan warga Madrasah.
Pengurusan dan seluruh warga Madrasah merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhumah.
Wahai Allah,
Terangilah kubur, luaskanlah pusara Almarhumah.
Semoga pemergian beliau adalah pengakhiran yang baik.
Mudahkanlah ajal saat Kau ambil nyawa kami
Baikkanlah hujung usia kami
Ringankanlah mati saat Kau cabut roh kami
Baikkanlah hujung usia kami
MADRASAH IBNU MAS'UD SEGAMAT
Johor
12/02/2021
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافعها واعف عنها