Segala puji bagi Allah.

Pusat Tahfiz Madrasah Ibnu Mas'ud merakamkan ucapan tahniah buat Muhammad Adib Hakim bin Zakaria atas kejayaan beliau memperoleh Pangkat 1 dalam Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama Tahun 2019.

Beliau seterusnya menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Darjah Khas Agama Tahun 2019 dari Sekolah Agama Gemereh, Segamat.

Selain beliau, ada dua orang lagi pelajar Pusat Tahfiz yang memperoleh Pangkat 1 dalam ujian yang sama, iaitu:

Adik Mohamad Faqih Hilmi bin Jamaludin
Sekolah Agama Bandar Putra, dan
Adik Muhammad Izz Qayyum bin Mohd Shukeri
Sekolah Agama Batu Anam

Tahniah diucapkan sekali lagi buat mereka bertiga. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada ibubapa dan semua guru yang terlibat dalam mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak tahfiz ini. Semoga Allah swt reda, berkati dan kurnia kecemerlangan buat seluruh pelajar Pusat Tahfiz Madrasah Ibnu Mas'ud Segamat.

Sekian.

SETIAUSAHA
Madrasah Ibnu Mas'ud
17/08/2020