]

PEMBUKAAN SEMULA INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM SWASTA NEGERI JOHOR, PUSAT TAHFIZ MADRASAH IBNU MAS’UD (MTS/SGT/003)

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Tahfiz Madrasah Ibnu Mas’ud (selepas ini dirujuk sebagai PTMIM) yang telah diadakan pada hari Rabu, 08 Julai 2020 yang lalu telah memutuskan bahawa pembukaan semula PTMIM dijadualkan bermula pada hari Ahad, 19 Julai 2020. Oleh yang demikian, para pelajar dikehendaki melapor diri semula ke PTMIM pada hari Sabtu, 18 Julai 2020.

Bagi melancarkan perjalanan serta mengelakkan pertembungan dalam perkumpulan yang ramai semasa hari Sabtu tersebut, kami telah bersetuju untuk menetapkan jadual pulang semula ke PTMIM kepada 2 sesi, seperti butiran berikut:

Sesi 1 (Pagi) : antara jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
(Kelas Ust. Akmal & Ust. Nur)
Sesi 2 (Petang) : antara jam 3.00 hingga 6.00 petang
(Kelas Ust. Alwi & Ust. Luqman)

Semua ibubapa dan pelajar hendaklah mengikuti jadual yang telah ditetapkan ini. Pengecualian diberikan kepada beberapa orang pelajar yang berasal luar dari Negeri Johor, mereka boleh pulang pada waktu Sesi 2 (Petang) sekiranya ketetapan asal jadual mereka pada Sesi 1 (Pagi).

*Hanya pelajar dan seorang wakil keluarga sahaja dibenarkan masuk dan naik ke asrama pada hari Sabtu tersebut.

Sebagai persediaan untuk kembali semula ke PTMIM, berikut merupakan senarai barang-barang keperluan yang mesti dibawa dan disediakan oleh setiap pelajar:

a) Pelitup muka (facemask)
b) Cecair sanitasi tangan (hand sanitiser) bersaiz kecil
c) sejadah/ridak
d) 1 biji pinggan dan cawan
e) Penyangkut pakaian (hanger) dan penyepit pakaian yang mencukupi
f) Barangan keperluan peribadi seperti alatan mandian, cucian dan lain-lain

Semoga semua ibubapa dan pelajar sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. Didoakan juga semoga semua pelajar selamat tiba dan bersemangat untuk pulang semula ke Madrasah bagi meneruskan sesi pengajian dan hafazan Al-Quran setelah sekian lama bercuti akibat pandemic Covid-19 ini.

Sekian terima kasih.