Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan kehadiran mujahidin Palestin, bekas imam MasjidilAqsa Palestin, AL-Allamah Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyyam untuk merasmikan Madrasah Ibnu Mas'ud pada 3 Safar yang lalu. Fadilatussyeikh merupakan bekas rektor Universiti Islam Gazzah Palestin dan antara penggerak utama intifadah Palestin bersama As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Syeikh yang berusia 82 tahun kini merupakan ahli majlis syura Yayasan AL-Quds yang dipengerusikan ketua Majlis Ulama, Syeikh Dr Yusof Al-Qardawi. Sejarah telah menyaksikan bahawa mesyuarat pertama intifadah Palestin yang hanya dihadiri 25orang pemimpin Palestin telah diadakan di rumah syeikh yang ketika itu merupakan rektor Universiti Islam Gazzah. Dalam majlis perasmian yang cukup bermakna ini, Syeikh mendoakan agar bumi waqafan ini sentiasa diberkati. Semoga Allah memanjangkan usia syeikh untuk terus menerangi ummah insyaallah. Alhamdulillah rm10,000 telah berjaya dikumpulkan pada malam tersebut sebagai tanda kasih warga segamat dan sekitarnya kepada saudara di palestin.
lagi gambar perasmian boleh dilayari di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.135690606588657.29354.100004431540401&type=3 dan http://www.facebook.com/media/set/?set=a.497035573675085.122256.100001059406696&type=3