Buat pertama kalinya, Madrasah Ibnu Mas'ud mencipta kelainan iaitu memperkenalkan Forum Subuh yang menampilkan 3 personaliti iaitu Imam Muda Najdi sebagai moderator,Imam muda Fattah dan Imam Muda Mujahid sebagai ahli panel. Setelah mereka 'mengulangkaji' sehingga jam 3 pagi untuk menjayakan forum ini,akhirnya ia berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada para Imam Muda yang sanggup turun bersama masyarakat. Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.