PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH IBNU MAS’UD
‘~ILMU~IMAN~AMAL~’
www.tamanilmuibnumasud.blogspot.com
Lot 896, Kg Kenawar, Mukim Pogoh,
85000 Segamat, No Tel : 017-7772730 / 013-7200434
Johor Darul Takzim. tamanilmuibnumasud@gmail.com
السّلام عليكم و رحمة الله و بركاته
PENGENALAN
Kepentingan ilmu dan amal dalam pembinaan masyarakat yang menghayati Islam tidak dapat dinafikan sama sekali. Kealpaan kepada ilmu dan amal telah membawa bencana sosial ke dalam kehidupan seharian. Menginsafi akan tanggungjawab untuk memperkasakan ummah, timbullah idea penubuhan PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH IBNU MAS’UD. Pertubuhan ini membawa kaedah berdakwah dengan ilmu dan kebajikan. Penekanan mendidik jiwa menghayati akan tujuan dan hakikat kejadian insan serta mengenali diri dan mengenali Pencipta akan dilaksanakan melalui penerapan nilai-nilai Islam dalam diri.
Sebagai permulaan, PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH IBNU MAS’UD menyasarkan penyebaran ilmu kepada masyarakat setempat dan pengkhususan kepada golongan warga emas yang berminat untuk menuntut ilmu dan beramal dalam menjalani penghujung usia. Seterusnya InsyaAllah usaha dakwah akan digiatkan dengan memperluaskan golongan sasar seperti pembelaan terhadap anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan masyarakat keseluruhannya.
PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH IBNU MAS’UD SEBAGAI BADAN DAKWAH
Pertubuhan ini bergerak atas aspirasi Islam yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah dalam mengajak dan menyeru manusia atau masyarakat kepada Islam untuk pembentukan peribadi yang utama dari segi aqidah, ibadah dan akhlak serta mengatur ketertiban hidup bermasyarakat dalam segala aspek kehidupan khususnya dalam bidang-bidang pendidikan, ilmu pengetahuan dan sosial.
Dari segi undang-undang pertubuhan ini ialah sebuah organisasi bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan.
COGANKATA PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH IBNU MAS’UD
“ILMU, IMAN, AMAL”
VISI PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH IBNU MAS’UD
Merealisasikan Umat Islam sebagai khairu ummah dan Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Firman Allah, ertinya: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang orang yang beruntung" Surah Ali Imran (3): 104
MISI PERTUBUHAN DAKWAH & KEBAJIKAN IBNU MAS’UD
Menyebarkan dan menjunjung tinggi ajaran agama Islam ke arah wujudnya masyarakat Islam yang menjiwai nilai-nilai Islam melalui :
- Usaha menanamkan keyakinan, memperdalam dan memperluas pemahaman, meningkatkan pengamalan, serta menyebarluaskan ajaran Islam dalam berbagai aspek kehidupan.
- Meningkatkan semangat ibadah, jihad, zakat, infak, wakaf, shadaqah, hibah, dan amal salih lainnya.
- Mengembangkan komunikasi, ukhuwah dan kerjasama dalam berbagai bidang dan kalangan masyarakat dalam dan luar negara.
- Mengembangkan prasarana dan sumber dana untuk menjayakan visi pertubuhan.
- Membantu meningkatkan pembelaan terhadap golongan yang memerlukan.
Firman Allah, ertinya: "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik". Surah al-Ankabuut (29):69
CARTA ORGANISASI
Penaung
Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri
Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Terengganu
Ahli Lembaga Penasihat
Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad al-Yamani
Pengasas Madrasah al-Yamani
Ustaz Hamid Jusoh al-Butri
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ustaz Abdullah Husin
Mudir Madrasah Marsyiah Johor
As-Syeikh Mustafa Omar
Pegawai Tadbir Agama Daerah Batu Pahat Johor
AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH
PENGERUSI
Tuan Hj Firdaus Hj Masod
TIMBALAN PENGERUSI
Puan Hjh Maelah Hj Hussin
SETIAUSAHA
Saudara Arasy Hj Masod
PENOLONG SETIAUSAHA
Ustaz Adham Hj Hodari al-Haraki
BENDAHARI
Puan Salwa Hj Masod
PENOLONG BENDAHARI
Encik Abdul Rahim Hj Md Rodin
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
LUJNAH PERANCANGAN DAN PERHUBUNGAN AWAM
Saudara Hasbi Nordin
Saudara Zharulnizam Shah Zainal Abidin
LUJNAH INFORMASI DAN PENDOKUMENTASIAN
Saudara Shafie Hj Diron
LUJNAH KEAHLIAN
Puan Rozaini Hj Selamat
LUJNAH DANA WAQAF
Puan Hjh Safiah
LUJNAH DANA AMAL
Tuan Hj Abd Hamid Hj Yusuf
LUJNAH MAJLIS ILMU (CAWANGAN MUAR)
Ustaz Abdul Ghani Hj Md Nor
LUJNAH MAJLIS ILMU (CAWANGAN SEGAMAT)
Saudara Fairuz Al-Jengkari
LUJNAH GERAK KERJA KEBAJIKAN (CAWANGAN MUAR)
Tuan Hj Hodari Hj Rais
LUJNAH GERAK KERJA KEBAJIKAN (CAWANGAN SEGAMAT)
Saudara Amli Nordin
LUJNAH PEMUDA
Saudara Norazman Md Rodin
HUBUNGI KAMI
Alamat tapak TIIM :
Tiang Elektrik No. 17/H, Parit Pinang Seribu, Parit Jawa, 84150 Muar, Johor Darul Takzim.
Alamat untuk surat menyurat ialah :
Lot 896, Kampung Kenawar, Pogoh, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim.
No telefon :
012-7189494 (Encik Firdaus Hj Masod-Pengerusi Pertubuhan)
017-7772730 (Encik Arasy Hj Masut-Setiausaha Pertubuhan)
E-mail :
tamanilmuibnumasud@gmail.com
والسلام
0 Ulasan