Isnin, 19 Oktober 2015

Assalamualaikum dan selamat pagi.. 
اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم

Untuk makluman semua, Madrasah Ibnu Mas'ud sedang dalam proses pembangunan dewan makan pelajar dan infrastruktur sekitarnya, bagi memberi lebih keselesaan kepada keseluruhan penghuni disini.  
Dengan penuh rendah hati kami ingin memohon jasa baik tuan/puan bagi membantu menambahkan dana simpanan kami bagi pembangunan tersebut..
Semoga Allah memberkati setiap amal kebaikan kt dan menjadi bekalan kt di sana kelak.. amiin.. 

#mogaALLAHredha
#mim4ummah




Ahad, 18 Oktober 2015

Alhamdulillah selesai ziarah mahabbah warga PUSAT TAHFIZ dan warga PONDOK WARGA EMAS Madrasah Ibnu Mas'ud II ke Yayasan Al Jenderami di dengkil selangor pda 17 Oktober yang lalu...semoga pondok-pondok dan institusi pengajian Islam di Malaysia akan terus makmur membangun ummah. Terima kasih atas penglibatan dan sokongan semua.





Khamis, 15 Oktober 2015


Barisan pelajar tahfiz Pusat Tahfiz Madrasah Ibnu Mas'ud sesi 2015 bersama tenaga pengajar Ustaz Muhammad Khusairi Bin Haidzer dan Ustaz Akmal Hakim Bin Mohamad Noh. 

Mohon doa kalian semua agar pelajar ini dapat menghabiskan hafalan mereka dan menjadikan ayat-ayat suci Al-Quran tersemat baik di hati-hati mereka. Serta menjadi insan yang berguna dan berjaya didunia dan diakhirat. Amiin.. 

Rabu, 14 Oktober 2015

Sekitar Majlis Kesyukuran & Khatam Al-Quran adik Muhammad Zulkarnain Haidzer pada 09 Oktober yang lalu. Penghargaan disampaikan oleh Ust Hj Abdul Hadi Mohamed Suhaimi, Mudir Madrasah Ibnu Mas'ud II. Tahniah atas kurniaan Allah swt. Semoga al-Quran di dada akan diterjemahkan pula dalam kehidupan seharian.
013-7680900




Bismillah.. Alhamdulillah.. 

Makluman dan Hebahan kemasukan pelajar di Pondok Warga Emas Madrasah Ibnu Mas'ud II.. 

Yang muda disayangi yang tua dihormati.. 

Sebarang pertanyaan hubungi 0137680900/079312434




Selasa, 13 Oktober 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Makluman dan hebahan

PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ SESI 2016

Unit Pusat Tahfiz Madrasah Ibnu Mas'ud

Syarat Kemasukan:
(i) Lelaki berumur 13 tahun
(ii) Min 3A UPSR/UPSRI
(iii) Boleh membaca al Qur'an dan Jawi dengan baik
(iv) Lulus temuduga

Maklumat lanjut sila hubungi 013-7680900/013-2906936.

Dalam tempoh 3 tahun, pelajar dijadualkan untuk menyempurnakan hafazan 30 juzuk al Qur'an dan matan-matan asas:
(i) Tauhid - (Sullamul Tauhid)
(ii) Fekah - (Matan Al-Ghayah Wal Taqrib)
(iii) Akhlak - (At-Tibyan)
(iv) Tajwid - (Ahkam Tajwid)
(v) Bahasa Arab - (Undang-undang Siliau)

Selepas 3 tahun, pelajar akan ditawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat 'Aliyyah. Dalam tempoh itu, pelajar akan dikelolakan untuk mengambil SPM dan STAM sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian di universiti dalam atau luar negara.

Bersama kita melahirkan generasi ulama yang akan menerangi ummah.

#mim4ummah