Selasa, 28 April 2015




Assalamualaikum w.b.t kepada muslimin dan Muslimat di luar sana. Kompleks Pengajian Islam Ibnu Mas'ud menjemput anda mengimarahkan majlis Ilmu yang bertempat di Madrasah Ibnu Mas'ud Tasek Alai Segamat bermula jam 9 malam.  Kuliah Perdana ini akan di sampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim yang sering muncul di Stesyen TV - AlHijrah pada 1 Mei 2015 manakala pada 3 Mei 2015 pula Kuliah Perdana akan disampaikan oleh Tuan Guru Tajudin Jali, Pengasas Madrasah Batu Kurau, Perak. Mari ramai - ramai mengimarahkan majlis - majlis ilmu sesuai dengan Hadis Nabi Muhammad s.a.w

“Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.” (Riwayat Muslim)