Jumaat, 17 Jun 2011

DOA REJAB SYAABAN RAMADAN

semoga amalan kita diterima olehNya : RAWATAN ISLAM PERDANA SIRI II







Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan. Rawatan Islam Perdana Siri II di Masjid Jamek Sultan Ismail Daerah Muar telah berjaya diadakan dengan lancar dan sambutan yang cukup menggalakkan.

Pogram ini berjaya memperkenalkan masyarakat kepada perubatan yang patuh syarak dan mengelakkan masyarakat daripada terlibat dengan amalan syirik. Penyertaan yang melibatkan ratusan peserta ini telah dijayakan dengan kerjasama erat 16 orang Perawat Islam dan 30 orang Pembantu Perawat.

Semoga segala usaha kita diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh insyaallah..jazakallah khairan kasira.